"Ya Rabbul Quddus
Dan Tuhanku
Biar sekuat mana aku menyintainya
Aku pohon agar Tuhanku
Melenyapkan perasaan ini
Sekiranya dia ditakdirkan bukan milikku
Ya Rahman Ya Rahim
Tapi sekiranya dia ditakdirkan untukku
Kupohan agar takdir memperkuatkan kasihku padanya
Selagi tidak melebihi kasihku padaMU
Amin."
Doa ni mmg famous dikalangan sang pencinta beriman. Yelah..insan beriman selalunya tak expect hubungan tu berkat tanpa redha Allah S.W.T. Dan biaselah....masa ada masalah Allah S.W.T la tempat kita mengadu. Most of the time time kita susah. Tapi macam mana pula time kita mabuk cinta? semua tentang cinta untuk sekian lelaki/wanita membuat kita lupa untuk berdoa walau sesudah solat. Kekal atau tak hubungan tu semua kehendak Allah dan jangan sesekali dilupakan. Ni semua pun sebenarnya lebih kepada peringatan untuk diri aku sendiri. Aku pun sedang lalui fasa bahagia tu semula...tapi masih beringat2 sebab aku sangat taknak pisang berbuah dua kali. :)
Aku memang sangat tak suka sebarang jenis keretakan hubungan. baik dengan kawan, Keluarga of course and dengan si pencuri hati. Bila orang ada masalah serupa...aku rasa sangat tersentuh seolah2 aku yang alami masalah tu. Macam kes tunang Fahmi Che Mat ni.....kesian sangat dia. aku doakan dia redha dengan segala apa yang Allah S.W.T tentukan untuk dia. Mungkin dia cukup kuat untuk hadapi ujian sebegitu rupa. Aku pernah lalui...tapi bukanla sejauh sampai bertunang. Tapi sakit kerana kehilangan tu mmg lambat nk pulih :) AKu doakan mereka yang terbaik...........................................
No comments:
Post a Comment