Total Pageviews

Wednesday, July 27, 2011

Jutawan yahudi Di Amerika Syarikat

Aku tertarik dengan satu bab dalam buku yang aku baru beli which is " Travelog Misteri : ISRAEL kuasai Dunia ". Dalam chapter menarik ni menceritakan tentang dasar kewangan dunia terutama Amerika Syarikat yang menjadi patung bernyawa di bawah telunjuk Israel. MAta wang Amerika Syarikat seolah2 ditindas tanpa belas kasihan dan menyebabkan Amerika Syarikat pemegang hutang tertenggi dunia.



Ni sedikit petikan yang aku ambil dari buku yang dibeli tu. HArap2 menjadi iktibar kepada kita supaya  bingkas bangun dari tidur lena dan keselesaan di bumi Malaysia. Bangkit lah remaja...kita masih punya banyak masa untuk sekurang2 nya mengetahui dimana arah tuju kewangan kita.


"Walaupun populasi Yahudi di Amerika Syarikat tidak besar, namun kebanyakan dari mereka menetap di bandar2 besar seperti New York, Los Angeles, Miami, Philadelphia, Chicago dan Boston. Hampir separuh daripada senarai orang2 terkaya yang dikeluarkan oleh majalah Forbes adalah dari kalangan bangsa Yahudi.
Kelompok minoriti atau sedikit ini mempunyai angka penguasaan dalam ekonomi berkali ganda daripada angka populasi mereka.

PENGASAS SYARIKAT GOOGLE INC.
  • Individu ke-24 paling kaya didunia
  • Kekayaan dianggarkan bernilai USD 17.5 billion
PENGASAS LAMAN WEB SOSIAL FACEBOOK
  • Mark Zuckerberg
  • Individu ke-212 paling kaya dunia
  • Kekayaan dianggarkan bernilai USD 4 billion
STEVEN SPIELBERG
  • pengarah paling gah Hollywood menghasilkan filem2 box office
  • Filem2nya adalah seperti Jaws, E.T, Indiana Jones dan Saving Private Ryan
  • Individu ke-316 paling kaya dunia
  • keuntungan dari sektor perfileman bernilai USD 3 Billion"




Doa tunang Fahmi Che Mat

tersentuh membaca puisi yang dia reka untuk tunangnya. Mungkin dia bermasalah bersama si tunang. Adat orang berkasih kan. kadang2 bahagia kadang2 duka. Mungkin tu yang merapatkan hubungan atau sebaliknya. Aku tertarik dengan salah satu phrase yang tunang penjaga gol pasukan Harimau Malaya ni tulis

"Ya Rabbul Quddus
Dan Tuhanku
Biar sekuat mana aku menyintainya
Aku pohon agar Tuhanku
Melenyapkan perasaan ini
Sekiranya dia ditakdirkan bukan milikku

Ya Rahman Ya Rahim
Tapi sekiranya dia ditakdirkan untukku
Kupohan agar takdir memperkuatkan kasihku padanya
Selagi tidak melebihi kasihku padaMU

Amin."

Doa ni mmg famous dikalangan sang pencinta beriman. Yelah..insan beriman selalunya tak expect hubungan tu berkat tanpa redha Allah S.W.T. Dan biaselah....masa ada masalah Allah S.W.T la tempat kita mengadu. Most of the time time kita susah. Tapi macam mana pula time kita mabuk cinta? semua tentang cinta untuk sekian lelaki/wanita membuat kita lupa untuk berdoa walau sesudah solat. Kekal atau tak hubungan tu semua kehendak Allah dan jangan sesekali dilupakan. Ni semua pun sebenarnya lebih kepada peringatan untuk diri aku sendiri. Aku pun sedang lalui fasa bahagia tu semula...tapi masih beringat2 sebab aku sangat taknak pisang berbuah dua kali. :)

Aku memang sangat tak suka sebarang jenis keretakan hubungan. baik dengan kawan, Keluarga of course and dengan si pencuri hati. Bila orang ada masalah serupa...aku rasa sangat tersentuh seolah2 aku yang alami masalah tu. Macam kes tunang Fahmi Che Mat ni.....kesian sangat dia. aku doakan dia redha dengan segala apa yang Allah S.W.T tentukan untuk dia. Mungkin dia cukup kuat untuk hadapi ujian sebegitu rupa. Aku pernah lalui...tapi bukanla sejauh sampai bertunang. Tapi sakit kerana kehilangan tu mmg lambat nk pulih :) AKu doakan mereka yang terbaik...........................................

Tuesday, July 26, 2011

True facts about me - Sagittarius The Archer

well as we know I'm born on 10th December 1991 * if you now. haha *. So that means that I am Sagittarius in astrology means. It doesn't mean that I do believe in these kind of stuff. Allah knows us better than we do even know about ourselves. But I can't help it but these facts are so very true about me. Assuming that as a people we must find our facts about ourselves because it won't show up by itself unless you find yourself what you really are. Don't get me wrong . So these are the characteristics of Sagittarius which is me :)
  • A Sagittarius can be quite wise people due to their great openness to try new things, and learn as much as they can.
  • Sagittarius commands respect and loyalty.
  • Sagittarius likes to travel and likes to see new exciting places.
  • Sagittarius, You want to see the world and understand it, which is why your sign rules travel, philosophy, religion, and law.
  • Sagittarius will always have a mask on covering their true emotions. You don’t need to know unless they want you to know.
  • Sagittarius, rarely tell people that they like or love them, even though they expect those people to know.
  • A Sagittarius is intuitive and reflective. They like to plan everything.
  • Innately logical, Sagittarius learns easily. They are able to switch from subject to subject with ease as their curiosity is never ending.
  • One issue a Sagittarius often seem to face it the inability to live in the present, as they are so focused on the future.
  • Sagittarius are the type to give a dollar away to the homeless person.
  • Sagittarius know that sharing is caring.
  • Everyone a Sagittarius ever loved holds a special place in their heart forever.



Thursday, July 21, 2011

Pengharaman Sharifah berkahwin dengan lelaki biasa

Assalamualaikum,

Pertama2...blog ni agak tak begitu femes. Jadi aku berani lah nak tulis isu macam ni. Aku tak arif bahagian agama...apetah lagi buat kajian tentang keturunan. Selalu orang tanya kat aku tentang "betul ke Sharifah ni mesti nak berkahwin dengan Syed?". Bukannya apa...soalan ni aku sangat tak berkenan memandangkan kebanyakan orang terlepas pandang bahawa Syed-Sharifah ni bukan sahaja tentang nama dan perkahwinan...tp mereka ni membawa darah pertalian dengan Rasulullah S.A.W. Sejauh mana kebenaran tu aku pun tak tawu lagi sebab belum lagi selidik dengan mata dan akal fikiran sendiri. Tapi kenapa kebanyakan orang terlalu menengahkan isu perkahwinan ni sedangkan Rasulullah S.A.W membawa dan menurunkan banyak lagi perkara penting kpd umat manusia contohnya tentang segala cabang bidang ilmu dan sebagainya.

secondly aku sering dianggap jahil dan seakan2 menderhaka terhadap Rasulullah S.A.W kerana cuma bertanya segelintir manusia tentang kenapa perlunya mengharamkan Sharifah berkahwin dengan bukan Syed ni. Macam tu ke cara memberi info saudara saudari ku? takpe la aku dah ampunkan dah pun dosa orang yang menyumpah macam gitu kat aku. Cuma aku masih tak faham kenapa mereka belum lagi memberikan aku bukti yang kukuh tentang pengharaman ni. Aku meletakkan diri aku kat tempat orang lain. Aku cuba untuk memahamkan diri sendiri supaya orang lain juga boleh faham dan tak meletakkan SYED SHARIFAH SEBAGAI SEORANG RACIST sebab ramai yang berpendapat macam gitu. Aku nak atleast kalaw aku sendiri faham, ada dalil, ada nas yg betul mengatakan tentang pengharaman ni, aku boleh bagitawu sedara seislam aku yang tak faham tu. Mereka perlu difahamkan. Yes, PERLU. jangan korang amek ringan tentang mereka kerana mereka juga lah tuan punya negara yang kita duduk....TANAH MELAYU aka MALAYSIA. aku sendiri pun ada darah melayu pekat mengalir dalam badan ni. Jangan kau mengetepikan pandangan kami. Chewah! haha. Ok serious..

Thirdly, aku taknak pemahaman singkat tentang Syed Sharifah ni berleluasa. Kita juga patut tahu hukum atau kewajipan lain SELAIN perkahwinan dikalangan Syed Sharifah. Rasulullah S.A.W telah mengajarkan dan mengamanahkan banyak perkara lagi untuk umat manusia. Kenapa tak ikut benda tu? seperti menutup aurat atau menjaga hubungan sesama lelaki dan perempuan sekurang2 nya? aku memang tak warak, banyak melakukan kesilapan...tapi orang2 yang berpegang pada hukum Sharifah haram berkahwin dengan bukan Syed tu sendiri tak menjaga hal agama yang basic contoh seperti pergaulan bebas sesama lelaki dan wanita. Aku tak cakap la orang lain tak buat..ada je orang lain yang melakukan dosa. Aku pun kadang2 terlebih pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Semua manusia tak terlepas dari melakukan dosa dan kesilapan. Cuma bertaubat atau tak tu terpulang pada mereka.

Ada juga syed Sharifah yang boleh dibanggakan. Dengan kejayaan dalam  bidang akedemik, sahsiah dan keagamaan. Orang2 macam ni la yang sebenarnya menyumbang pada kualiti keturunan tu sendiri dan bukan kuantiti. Kuantiti yg aku maksudkan ialah perkahwinan untuk semata2 melahirkan zuriat Syed sharifah. Kuantiti itu kurang penting kalaw nak dibandingkan dengan kualiti. Sepatutnya kualiti seperti iman dan ilmu tu la yang dititikberatkan dalam keturunan.



Lastly, sama2 lah kita menuntut ilmu sampai degree/master/phd untuk meningkatkan kualiti keturunan kita ye. Khatamkan dan fahamilah al-Quran dan hadis sedalam2 nya sebelum membuta tuli menerima sebulat2nya apa yang orang lain cakap tanpa membuat kajian sendiri.

So jangan lah..janganlah begitu cepat sekali melenting bila ada manusia yang tak faham atau tak boleh terima ideologi korang ye saudara ku sekalian. melenting tu melambangkan betapa cetek nya ilmu kita. Ha tu ada yang dah nak melenting tu. idung telinga dah merah dah tu. aku tawu...ada yang tak baca sampai habis terus dah berasap dah mulut. Takpe...aku sendiri ngaku aku ni Sharifah...sharifah ni hot tempered sikit. sama la ngn syed tu ha. Haha ada yang cool....ada yang blurr. Manusia semua sama. *tapi asenye hot tempered kat kami tu lebih sikit la. haha. darah arab ada 1mL lagi an dalam badan. 1mL je..tak banyak*. wallahualam~

p/s : aku kawin dgn syed? hermh macam tawar hati la dik oi dgn syed2 ni. ada jodoh ada la. Aku nak jugak bahagiakan hati bapaku itu kan. Tapi aku serahkan semua pada jodoh pertemuan yang Allah S.W.T dah rancang. Melayu pun best pe. CUTE. ha jgn pasan.