Apalah sangat kehilangan yang aku hadapi ni kalaw nak dibandingkan dgn kehilangan yang hamba Allah yg lain terpaksa Redha dgn ketentuan-NYA. Aku kehilangan pasangan yang belum tentu sah ikatan denganku. Hanya kehilangan sesuatu yg sebenarnya lebih mendekatkan aku dgn Allah, menjauhkan aku dari zina dan mempelajari erti redha. Yang aku dapat adalah seribu kebaikan yang harus dibayar dgn hanya satu kehilangan milik duniawi yang memang bukan hak aku sejak azali. Aku leka menyalahkan diriku..berharap masa akan berputar balik supaya aku boleh mengubah takdir dan segala yg berlaku. Sedangkan aku lupa apa yg berlaku selama ini sudah tertulis oleh Sang Pencipta.
Sedangkan orang lain yang kehilangan ahli keluarga, kehilangan anggota sempurna, kehilangan pancaindera, kehilangan segala harta dunia, kehilangan segala2nya..................tapi mereka lebih Redha dan pasrah berbanding aku.
kenapa aku ini begitu buta dan bodoh setiap kali menjalani & menghadapi ujian Allah S.W.T. Kenapa aku bodoh? aku tidak meredhai 100% apa yg berlaku....jauh disudut hati aku berharap semuanya takkan berlaku seperti itu. Aku tangisi kehilangan itu......aku marah pada takdir. Bererti aku tidak redha, aku marah pada ketentuan Allah sedangkan Allah tahu apa yg lebih baik untuk diri aku. Apa yg terbaik untuk aku diakhirat nanti.
Ya Allah, ampunkan aku.
itulah kehilangan yg sebenarnya salmah.. Alhamdulillah.. kesedaran mcm ni la yg perlu kita kena cepat2 sedar, sebelum unsur2 negatif masuk dalam diri.. mabruk ya ukhti..terima kasih atas perkongsian..
ReplyDeletesama2 ya akhi ^_^
ReplyDelete