Total Pageviews

Saturday, October 20, 2012

Female Sahabiah


Copy & paste dari status one of my friend from Facebook. It helped me a lot

"Harap Muslimah-Muslimah dapat membaca ~

Nasihat dari the real Imam Muda. Ustaz Zakuan a.k.a Ibnu Batoota yang dah merantau ke segenap pelosok dunia berdakwah walaupun umurnya masih remaja.

------

Nasihat beliau buat semua Muslimat:-

..."Adakah muslimah-muslimah zaman sekarang sudah hilang semangat jihadnya?

Sudah hilang kekuatan hati?

Sudah hilang ketabahannya?

Bukan aku nak suruh perempuan-perempuan Islam jadi ganas, cuma aku terfikir bila terbaca kisah-kisah sahabiah, mereka lemah lembut tapi sangat kental, hati sekuat besi waja, tak mudah cair dengan lelaki ajnabi (bukan mahram), tak meleleh-leleh bila cakap pasal cinta, tak tergedik-gedik bila lelaki cuit.

Maka aku pun mengambil langkah untuk jadikan facebook ku sebagai malaikat maut bagi kaum Hawa, untuk mentarbiah hati mereka agar kuat, kental dan tabah!

Kalau hari-hari aku bagi status meleleh-leleh, cinta kerana Allah, lelaki soleh untnk perempuan solehah, cinta itu fitrah, carilah suami soleh dan benda-benda leleh yg lain...

"Muslimah yang terhasil nanti macam mana?"

Walaupun ( di fb & realiti ) bertudung, berpurdah, bertudung labuh, ikut usrah, ikut masturat;

Tapi cuit sikit, dah tergedik-gedik...Ngurat sikit, dah sangkut....Ajak couple sikit, terus setuju...Lepas tu, putus cinta,meleleh2...Ada masalah sikit, doa nak mati..Kena marah dengan mak/ayah sikit, buat status cakap tak pernah bahagia...Exam failed, kata taknak hidup lagi...Pakwe tak mesej sehari, di status penuh dengan kata-kata rindu...Pakwe marah sikit, buat status meleleh macam haram...

Fikir secara waras, adakah ini sifat wanita yg ditarbiah oleh Rasulullah SAW ketika zaman Baginda SAW?

Nama Saidatina Fatimah, Aisyah, Khadijah, Safiyyah, Ummu Salamah, Ummu Habibah, Sumayyah, Ummu Darda', Masyitah, Balqis, Maryam dan ramai lagi diagung-agungkan kalian. Tapi apa kalian kenal siapa mereka? Bagaimana hebat dan kentalnya hati mereka? Ikut sikap dan akhlak mereka?

Memang akal kalian senipis rambut, tapi kalian bukan BODOH...

Aku datang sebagai pengetuk kepala kalian untuk bangun dari tidur, untuk sedarkan kalian supaya jangan jadi bodoh, jangan jadi hamba lelaki, jangan jadi hamba cinta haram, jangan jadi perempuan murahan, jangan kapel free2 macam bohsia, jangan dok bermanja dengan lelaki macam perempuan tiada harga...

Nabi SAW telah bersabda mafhumnya (au kama qaal), jika seorang lelaki mendapat wanita solehah sebagai isteri, maka separuh agamanya telah sempurna...

Apa kalian sedar 'kesolehahan' kalian itu harganya separuh dari agama?

note:

"Ada mata dan telinga kan semua?"

"Subhanallah""



Friday, October 5, 2012

Life, stop giving me a lemon

So hopefully by writing in this blog will make me feel better. My life is a huge mess. Now tgh sedih gila mcm nak mati2...esok2 happy teramat sgt sampai rasa mcm taknak tido. But yeah today is one of my saddest gloomy day which nothing can make me feel normal again except by getting a chocolate. But sekarang ni takde chocolate. So what i'm gonna do??? I dun feel like doing antyhing except having a frown face (which is very ugly). Never looks good.

Dah setahun tak sedih mcm ni...sape suruh menjebakkan diri lagi?

ada sayings...ayat dier mcm ni "when life gives you a lemon..make a lemonade". like what?masam kot. Maybe tambah gula banyak2 idk. life..why you don't give me a chocolate. why lemon why?? If you give me a chocolate, I can atleast eat them up without a need making a chocolate ice-blended. What the hell

aku cuba nak color up my life. rasa mcm membazir masa gila duduk sedih2 mcm ni. padahal banyak masa terbuang dgn feeling2 tak berfaedah mcm ni. Tadi terfikir..apa kata..aku warna-warni kan hidup aku. Maksudnye...ape je jadi kat aku...walaupun sedih mcm mana pun....aku tetap akan fikir benda tu is something that I can color it with rainbows. Dalam kata lain....be positive!yes i'm searching for that word. Lame as it sounds..but it does really help most of us.

kadang2 jeles tgok orang2 yg jenis chill2 ni. relaks and happy je hidup. jeles jugak tgok org yg happy2 ni..muka berseri2. Nak jadi 2 2 ni leh tak? Chill and always happy. Amek positive je pape pun yg aku akan terima. Make everything simple. Not being over-thinking mcm sekarang. Life would be so much easier. I mean...life never going to be easy for us. But just make it easy for ourselves to adapt with any kind of things that will happen to our lives. Let go.........we need to let go of our past for in order for better future to come.

and I just have to remember this one thing in my mind.....the thing that always make us most depressed is the thing that make us happy the most. Memang ironic. kalaw fikir balik mmg absolutely true. Pengajarannya..jgn mengharapakan sesiapa selain Allah S.W.T utk menggembirakan hati kita...sbb one day org tu jugak yg akan  jadi punca utama kesedihan kita. Mengharap pada manusia ni..tak selalunya akan berakhir dgn baik. Tu apa yg aku tawu selama aku hidup ni.

Life teach me great things....aku berada dkt tempat aku berdiri sekarang ni lepas segala yg pernah jadi kat aku. Ape2 pun..aku kne teruskan hidup. Benda mcm ni biasa....dah lali sgt dah. Lama2 nty rasa mcm angin lalu je...tarik nafas, then hembus. Macam tu je.