Total Pageviews

Thursday, July 26, 2012

Saranghaeyo Korean Actors

Omo! ada penyakit baru yang sangat merbahaya. Tak boleh dah nak rawat. Penyakit bila single..........obsess dgn korean actor. Kulit licin bersih, mata sedikit sepet, berbadan tinggi lampai yg tak terlalu gemuk or kurus & style rambut yg sgt la menampakkan kehenseman beliau.

Ottoke...I can't help myself :'( mmg mengaku diorang ni takde hensem mana klw nak compare dgn Malay/caucassian/arabic guy (cheh nak ssedapkan hati diorang je ni). Tp ada satu jenis charm pd these actors yg buat para puan puan fangirls seperti dirasuk tiap2 kali tertengok gambar2 Actor Korean or tengok drama Korea.

first of all, diorang sgt pandai berlakon. Director tawu mcm mana nk buat seorang male actor korea membawa watak seolah2 diorang ni hensem...tp pdhl xhensem mana pun. Yg penting...these directors nak emphasize betapa hensem and cool nye karakter lelaki2 ni.

This is my Favourite actors so far :D

1) Lee Min Ho


2) Lee Seung Gi

3) Park Si-Hoo


BUkan gatal ke apa...but forever alone like me mcm kena ada taw some crush utk atleast buat rasa diri tu tak keseorangan. even lelaki2 ni plastic, and cuma pandai berlakon...at least they've made me fall inlove efortlessly and kept me happy all these while :)

Saturday, July 21, 2012

Bulan Puasa dan Air Khatira

Assalamualaikum WBT. Terlambat pulak nak wish Salam Ramadhan kat Blog ni. Rasa mcm nak bersarang & berhabuk dah blog ni dek tak bersentuh since berkurun lamanya. Bukan apa, bosan la sokmo update blog guna copy and paste je.Macam RANDOM GILER. Taknak la post benda tak berkualiti kat blog semata2 nak update je kan *ayat Fatin Liyana* terasa I...


ANYWAY, Sharifah Salmah nak ucapkan disini selamat menunaikan ibadah puasa dalam menyambut perintah Allah pada Bulan Ramadhan ni. *Rasa mcm Forever Alone pulak wish sensorang padahal takde orang baca Tsk*. Update kt Tumblr confirm ada yg baca..tp followers majoriti non-muslim :okay:

OK lah kali ni ckp kt diri sendiri. Dear self, puasa tu bukan puasa dr segi makan & minum..puasa juga la nafsu supaya jgn layan berlebihan. Lebihkan pahala ibadah sunat, jgn tinggalkan yg wajib. Baca dan fahamkan maksud Al-Quran. Makan makanan berbuka pun ala kadar je. Jgn jadi mcm semalam, portion nasik, kuih dsb mcam cukup nak bagi makan kat satu ZOO Negara. Koyak baju raya, mau tak naya.

Sabarkan diri sikit menahan amarah. jgn cpt judge org..klw org buat slh..igt la, AKU SEDANG BERPUASA. lepas berbuka, nak cekik, slap that b**** hard pun takpe *ehh jangannn ye. Cakap je ni* Sabar lah. Nty kureng plak pahala puasa. Tak berbaloi ye dak? wahai Salmah yang panas baran, SILA TINGKATKAN KESABARAN. Kalaw nak maki pun, censored kan la mana2 yg perlu. Contoh mcm ayat td *sila rujuk.

Lepas dah ceghita amalan berpuasa dsb nih..terigt pulak juadah femes dkt hometown JB nih. Nostalgia sungguh mengenangkan Bazar Ramadhan Johor Bahru yg jaoh dimata *bukak lagu Sudriman*. Juadah yg paling dirindui is *drumrolls* AIR KATHIRA. yes penonton..air khatira. Jgn buat muka pelik, ni nak tunjuk ni. Org pure JB je yg tawu ni. Fiewettt

O Em Gee look at this. Composition susu kat dalam uh OVER 9000!
err tapi gambar ni mcm terover cantik lak persembahannye. mungkin biasenye yg leh nmpk kt Bazaar Ramadhan JB ni mcm ni :-

Haus?
Erm :) so tujelah celoteh org puasa yg tak reti2 nak pegi mandi lagi ni. Dah nak pagi pun *padahal memang dah pagi*. So, sekali lagi diucapkan Selamat Berpuasa di bulan Ramadhan tahun 1433H. Semoga mendpt barakah sepanjang berpuasa dan diterima amalan oleh Allah SWT. Lebihkan zikir dan membaca sambil menghayati Al-Quran. Bersama dgn wish ini disertakan lagu feveret bulan Puasa kitew semuee Man Bai ft Raihan - Harapan Ramadhan. Baru NOSTALGIA kan dengar lagu niii. oklah TINGKATKAN PRESTASI PAHALA & EDUCATION, KURANGKAN BERCINTA & MEMBUAT DOSA. Babaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.! Assalamualaikum WBT



Monday, July 2, 2012

awak..saya nak awak tahu

Truthfully and with all my heart,
I miss you like no other,
But since Fate has decided,
That we can’t be together,
Then for now, if you are reading this,
I want you to know,
That knowing you are alive and well,
Is enough to keep me happy.
And may you end up with someone,
Who can keep you,
Better than me

Monday, June 25, 2012

saya mempunyai twitter baharu

username- Shsalmah. promote kalaw boleh nak satu dunia tahu. betapa rakusnya manusia dalam mencari populariti  mahupun publisiti. Tapi takpe....baru2 buat twitter je mcm gini. sumpah.....................aku tipu. Harap pembaca2 sekalian follow twitter saya dan menyibuk sampai saya tak mahu mengadap facebook yg macam ghost town tu dah. Cakap macam la pembaca tu ramai macam surat kabo Berita Harian.



okay background tu i suka. lama dah guna untuk semua jenis blog termasuk Tumblr dan Blogspot. Kali ni guna untuk baby Twitter saya pulaa


p/s : last 2 days genap 6bulan ulangtahun hari menangis mcm orang gila.

Monday, June 11, 2012

Cukuplah DIA bagiku

بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم

Awak tahu kenapa saya tak ralat hilang cinta awak?

  • Sebab saya masih ada cinta hakiki,iaitu cinta Ilahi..


Awak tahu kenapa saya tak tagih cinta awak?

  • Sebab saya tak mahu merendahkan martabat saya di mata Allah..


Awak tahu kenapa saya masih boleh tersenyum masa awak tinggalkan saya?

  • Sebab saya bersyukur kerana Allah sedang melindungi saya..


Awak tahu kenapa saya juga menangis masa awak tinggalkan saya?

  • Sebab saya kesal pernah menduakan cinta Allah dengan awak..


Awak tahu kenapa saya tak pernah jemu bicara tentang Allah?

  • Sebab saya ingat, saya sayang, saya rindu, dan DIA nombor satu dihati saya..


Awak tahu kenapa saya hanya percaya cinta Allah?

  • Sebab saya percaya Allah pasti akan membalas cinta hambaNYA..


Awak tahu kenapa saya dah sukar percaya cinta lelaki?

  • Sebab saya tahu tak ada yang lebih baik melainkan cinta Allah..


Dan kerana itulah CINTA Allah tetap di hati saya..sampai bila2..InsyaAllah



source : FACEBOOK ber"couple" itu haram

Saturday, June 9, 2012

Hapus air matamu, dan yakinlah di sana, Rabbmu merentangkan TanganNya Dan sedang menyambutmu dalam DekapNya yang hangat, Cinta suciNya, yang tak ada kekecewaan padaNya..





Monday, May 28, 2012

10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah

1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

Ayuh, baca surat cinta Allah ♥