Total Pageviews

Friday, August 26, 2011

Raya Shopping spree 2011

Sebahagian gambar yg di amek semalam. syukur sebab Plaza Angsana tak begitu sesak maacam tin sardin Marina memandangkan semalam bukan hari public holiday. Eh cop, boleh tahan jugak ramai yang pegi Angsana...tapi tak sesak la macam dalam bas sekolah. Bayangkan macam mana keadaan tempat tu hari public holiday lusa ni. Okay Angsana will be a tin sardin.

Btw, Plaza Angsana pun dah menyiapkan surau dan toilet baru. Cantik surau tu and sgt besa compared to before. Me like it thumbs up! So takde la masa shopping tu sempat sangat nak amek gamba kedai and stuff. Terlalu khusyuk men-shoppingkan diri so tak sempat nak snap pulak gamba2 dalam process shopping tu. trust me........................sangat memenatkan. Imagine how to buy stuff for four people in 1day.

We buy stuff. a lot of stuff. sampai rebeh tangan dan tulang temulang jejari halus ini.*halus la sgt. jangan gedik*. Funniest part is, my adik kene sound ngan taukeh AKF Boutique for being lacking in fashion sense. hahahahaha

Me       : *pegang baju raya kaftan cantik*
My bro : Ew tolong la *bragging about how he don't understand fashion and he thinks it sucks*

out of nowhere the taukeh kedai is there and he says

taukeh kedai : ha awak kalaw cakap macam tu maknenye awak ni takde KESEDARAN FASHION *bragging about the new fashion*

ooooooooooooooooooooohhhh burn!

hahaha. okay that makes my day. sepanjang hari berjalan so tumit pun buat hal. sakit okay. Ada la jugak rasa macam tumit nak tercabut, tak kurang jugak lutut nak tercabut. Kenapa la salma dah jadi macam mak nenek sekarang. Tak pakai heels okay. I have a mak nenek legs and foot and it sucks. Cepat sangat sakit. Kadang2 ada jugak rasa macam nak cabut kaki. Macam barbie plak boleh cabut2.

okay okay moving on.......memang cantik2 baju yang dijual kat Plaza Angsana. Tapi konon2 nye tahun ni nak baju simple takmo labucci2 or 2-way baju kurung bagai. so mencari la satu mall baju simple tapi cantik. 

GAGAL.

So tahun ni pakai la jugak baju yang berbatu2 kt colar. Yellow one to match with my adik intan payung tu. kena pakai inner. I called it baju Batman sebab baju macam kaftan. PEsen ape tah tapi terpaksa la pilih jugak. Tak pasal2 tercabut lutut family nak melayankan taste cerewet anak gadis sunti diorang.

after barang dah hampir complete *almost 80%* masanya kitorang carik tempat berbuka. Sangat gumbira sebab dapat makan kat Pizza Hut. I have a pizza craving!


memang asyikkk. tapi yg tak asyik tu sebab kitorang sampai sana dalam pukul 6.00pm so we have to stay there untul berbuka. around dalam 50minit makanan pun SAMPAI. 

sedap sedap sedap sedap. and TEMPURA CALAMARI RING IS MY FAVOURITE!!!!!!!!
memang bertakung lah kan air liur. makanan gila awal sampai. sadis betul T.T

mintak nyawaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa *dengan nada Director Ahmad Nisfu* nampak sedap weyh. tapi dapat masuk mulut...lagi sedap
tak cukup la kepak ayam ni satu gambar je kan
marry me chicken wing? I love you
and droll




sume orang tawu ni muka lapa
                                                                                                                                                                                        
.
.
.
.
huuuuuuuuuuuuuuu T.T lapa sungguh tetibe upload gamba makanan macam gini. so perut dah penuh..boleh gelek2 telettubies because i look adorable with my perut yang muncet *buncit dalam bahasa comel*


okay. So dengan jalan sambil gelek2 perut kami pun pergi solat maghrib and then beli sikit barang2 untuk bawak balik UIA september ni. Ohmygod lambat gila rasanya. Sampai bonet kereta nak letak barang baru sedar barang yg dibeli is ONE BONET FULL.


nak kata semangat untuk raya tak jugak. Tapi barang mcm gini punya penuh jugak.bwahahahah
.
.
.
.
.
.
.
tiba2 tak sabar pulak nak raya sebab beli barang banyak sangat. Nak guna semua!

I'm still exhausted from yesterday taktawu kenapa. 

Wednesday, July 27, 2011

Jutawan yahudi Di Amerika Syarikat

Aku tertarik dengan satu bab dalam buku yang aku baru beli which is " Travelog Misteri : ISRAEL kuasai Dunia ". Dalam chapter menarik ni menceritakan tentang dasar kewangan dunia terutama Amerika Syarikat yang menjadi patung bernyawa di bawah telunjuk Israel. MAta wang Amerika Syarikat seolah2 ditindas tanpa belas kasihan dan menyebabkan Amerika Syarikat pemegang hutang tertenggi dunia.



Ni sedikit petikan yang aku ambil dari buku yang dibeli tu. HArap2 menjadi iktibar kepada kita supaya  bingkas bangun dari tidur lena dan keselesaan di bumi Malaysia. Bangkit lah remaja...kita masih punya banyak masa untuk sekurang2 nya mengetahui dimana arah tuju kewangan kita.


"Walaupun populasi Yahudi di Amerika Syarikat tidak besar, namun kebanyakan dari mereka menetap di bandar2 besar seperti New York, Los Angeles, Miami, Philadelphia, Chicago dan Boston. Hampir separuh daripada senarai orang2 terkaya yang dikeluarkan oleh majalah Forbes adalah dari kalangan bangsa Yahudi.
Kelompok minoriti atau sedikit ini mempunyai angka penguasaan dalam ekonomi berkali ganda daripada angka populasi mereka.

PENGASAS SYARIKAT GOOGLE INC.
  • Individu ke-24 paling kaya didunia
  • Kekayaan dianggarkan bernilai USD 17.5 billion
PENGASAS LAMAN WEB SOSIAL FACEBOOK
  • Mark Zuckerberg
  • Individu ke-212 paling kaya dunia
  • Kekayaan dianggarkan bernilai USD 4 billion
STEVEN SPIELBERG
  • pengarah paling gah Hollywood menghasilkan filem2 box office
  • Filem2nya adalah seperti Jaws, E.T, Indiana Jones dan Saving Private Ryan
  • Individu ke-316 paling kaya dunia
  • keuntungan dari sektor perfileman bernilai USD 3 Billion"




Doa tunang Fahmi Che Mat

tersentuh membaca puisi yang dia reka untuk tunangnya. Mungkin dia bermasalah bersama si tunang. Adat orang berkasih kan. kadang2 bahagia kadang2 duka. Mungkin tu yang merapatkan hubungan atau sebaliknya. Aku tertarik dengan salah satu phrase yang tunang penjaga gol pasukan Harimau Malaya ni tulis

"Ya Rabbul Quddus
Dan Tuhanku
Biar sekuat mana aku menyintainya
Aku pohon agar Tuhanku
Melenyapkan perasaan ini
Sekiranya dia ditakdirkan bukan milikku

Ya Rahman Ya Rahim
Tapi sekiranya dia ditakdirkan untukku
Kupohan agar takdir memperkuatkan kasihku padanya
Selagi tidak melebihi kasihku padaMU

Amin."

Doa ni mmg famous dikalangan sang pencinta beriman. Yelah..insan beriman selalunya tak expect hubungan tu berkat tanpa redha Allah S.W.T. Dan biaselah....masa ada masalah Allah S.W.T la tempat kita mengadu. Most of the time time kita susah. Tapi macam mana pula time kita mabuk cinta? semua tentang cinta untuk sekian lelaki/wanita membuat kita lupa untuk berdoa walau sesudah solat. Kekal atau tak hubungan tu semua kehendak Allah dan jangan sesekali dilupakan. Ni semua pun sebenarnya lebih kepada peringatan untuk diri aku sendiri. Aku pun sedang lalui fasa bahagia tu semula...tapi masih beringat2 sebab aku sangat taknak pisang berbuah dua kali. :)

Aku memang sangat tak suka sebarang jenis keretakan hubungan. baik dengan kawan, Keluarga of course and dengan si pencuri hati. Bila orang ada masalah serupa...aku rasa sangat tersentuh seolah2 aku yang alami masalah tu. Macam kes tunang Fahmi Che Mat ni.....kesian sangat dia. aku doakan dia redha dengan segala apa yang Allah S.W.T tentukan untuk dia. Mungkin dia cukup kuat untuk hadapi ujian sebegitu rupa. Aku pernah lalui...tapi bukanla sejauh sampai bertunang. Tapi sakit kerana kehilangan tu mmg lambat nk pulih :) AKu doakan mereka yang terbaik...........................................

Tuesday, July 26, 2011

True facts about me - Sagittarius The Archer

well as we know I'm born on 10th December 1991 * if you now. haha *. So that means that I am Sagittarius in astrology means. It doesn't mean that I do believe in these kind of stuff. Allah knows us better than we do even know about ourselves. But I can't help it but these facts are so very true about me. Assuming that as a people we must find our facts about ourselves because it won't show up by itself unless you find yourself what you really are. Don't get me wrong . So these are the characteristics of Sagittarius which is me :)
  • A Sagittarius can be quite wise people due to their great openness to try new things, and learn as much as they can.
  • Sagittarius commands respect and loyalty.
  • Sagittarius likes to travel and likes to see new exciting places.
  • Sagittarius, You want to see the world and understand it, which is why your sign rules travel, philosophy, religion, and law.
  • Sagittarius will always have a mask on covering their true emotions. You don’t need to know unless they want you to know.
  • Sagittarius, rarely tell people that they like or love them, even though they expect those people to know.
  • A Sagittarius is intuitive and reflective. They like to plan everything.
  • Innately logical, Sagittarius learns easily. They are able to switch from subject to subject with ease as their curiosity is never ending.
  • One issue a Sagittarius often seem to face it the inability to live in the present, as they are so focused on the future.
  • Sagittarius are the type to give a dollar away to the homeless person.
  • Sagittarius know that sharing is caring.
  • Everyone a Sagittarius ever loved holds a special place in their heart forever.



Thursday, July 21, 2011

Pengharaman Sharifah berkahwin dengan lelaki biasa

Assalamualaikum,

Pertama2...blog ni agak tak begitu femes. Jadi aku berani lah nak tulis isu macam ni. Aku tak arif bahagian agama...apetah lagi buat kajian tentang keturunan. Selalu orang tanya kat aku tentang "betul ke Sharifah ni mesti nak berkahwin dengan Syed?". Bukannya apa...soalan ni aku sangat tak berkenan memandangkan kebanyakan orang terlepas pandang bahawa Syed-Sharifah ni bukan sahaja tentang nama dan perkahwinan...tp mereka ni membawa darah pertalian dengan Rasulullah S.A.W. Sejauh mana kebenaran tu aku pun tak tawu lagi sebab belum lagi selidik dengan mata dan akal fikiran sendiri. Tapi kenapa kebanyakan orang terlalu menengahkan isu perkahwinan ni sedangkan Rasulullah S.A.W membawa dan menurunkan banyak lagi perkara penting kpd umat manusia contohnya tentang segala cabang bidang ilmu dan sebagainya.

secondly aku sering dianggap jahil dan seakan2 menderhaka terhadap Rasulullah S.A.W kerana cuma bertanya segelintir manusia tentang kenapa perlunya mengharamkan Sharifah berkahwin dengan bukan Syed ni. Macam tu ke cara memberi info saudara saudari ku? takpe la aku dah ampunkan dah pun dosa orang yang menyumpah macam gitu kat aku. Cuma aku masih tak faham kenapa mereka belum lagi memberikan aku bukti yang kukuh tentang pengharaman ni. Aku meletakkan diri aku kat tempat orang lain. Aku cuba untuk memahamkan diri sendiri supaya orang lain juga boleh faham dan tak meletakkan SYED SHARIFAH SEBAGAI SEORANG RACIST sebab ramai yang berpendapat macam gitu. Aku nak atleast kalaw aku sendiri faham, ada dalil, ada nas yg betul mengatakan tentang pengharaman ni, aku boleh bagitawu sedara seislam aku yang tak faham tu. Mereka perlu difahamkan. Yes, PERLU. jangan korang amek ringan tentang mereka kerana mereka juga lah tuan punya negara yang kita duduk....TANAH MELAYU aka MALAYSIA. aku sendiri pun ada darah melayu pekat mengalir dalam badan ni. Jangan kau mengetepikan pandangan kami. Chewah! haha. Ok serious..

Thirdly, aku taknak pemahaman singkat tentang Syed Sharifah ni berleluasa. Kita juga patut tahu hukum atau kewajipan lain SELAIN perkahwinan dikalangan Syed Sharifah. Rasulullah S.A.W telah mengajarkan dan mengamanahkan banyak perkara lagi untuk umat manusia. Kenapa tak ikut benda tu? seperti menutup aurat atau menjaga hubungan sesama lelaki dan perempuan sekurang2 nya? aku memang tak warak, banyak melakukan kesilapan...tapi orang2 yang berpegang pada hukum Sharifah haram berkahwin dengan bukan Syed tu sendiri tak menjaga hal agama yang basic contoh seperti pergaulan bebas sesama lelaki dan wanita. Aku tak cakap la orang lain tak buat..ada je orang lain yang melakukan dosa. Aku pun kadang2 terlebih pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Semua manusia tak terlepas dari melakukan dosa dan kesilapan. Cuma bertaubat atau tak tu terpulang pada mereka.

Ada juga syed Sharifah yang boleh dibanggakan. Dengan kejayaan dalam  bidang akedemik, sahsiah dan keagamaan. Orang2 macam ni la yang sebenarnya menyumbang pada kualiti keturunan tu sendiri dan bukan kuantiti. Kuantiti yg aku maksudkan ialah perkahwinan untuk semata2 melahirkan zuriat Syed sharifah. Kuantiti itu kurang penting kalaw nak dibandingkan dengan kualiti. Sepatutnya kualiti seperti iman dan ilmu tu la yang dititikberatkan dalam keturunan.



Lastly, sama2 lah kita menuntut ilmu sampai degree/master/phd untuk meningkatkan kualiti keturunan kita ye. Khatamkan dan fahamilah al-Quran dan hadis sedalam2 nya sebelum membuta tuli menerima sebulat2nya apa yang orang lain cakap tanpa membuat kajian sendiri.

So jangan lah..janganlah begitu cepat sekali melenting bila ada manusia yang tak faham atau tak boleh terima ideologi korang ye saudara ku sekalian. melenting tu melambangkan betapa cetek nya ilmu kita. Ha tu ada yang dah nak melenting tu. idung telinga dah merah dah tu. aku tawu...ada yang tak baca sampai habis terus dah berasap dah mulut. Takpe...aku sendiri ngaku aku ni Sharifah...sharifah ni hot tempered sikit. sama la ngn syed tu ha. Haha ada yang cool....ada yang blurr. Manusia semua sama. *tapi asenye hot tempered kat kami tu lebih sikit la. haha. darah arab ada 1mL lagi an dalam badan. 1mL je..tak banyak*. wallahualam~

p/s : aku kawin dgn syed? hermh macam tawar hati la dik oi dgn syed2 ni. ada jodoh ada la. Aku nak jugak bahagiakan hati bapaku itu kan. Tapi aku serahkan semua pada jodoh pertemuan yang Allah S.W.T dah rancang. Melayu pun best pe. CUTE. ha jgn pasan.

Tuesday, June 28, 2011

Allah bercerita tentang wanita

Ketika Tuhan menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya,"Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Tuhan?"

Tuhan menjawab,"Sudahkah engkau melihat setiap detail yang telah aku ciptakan untuk wanita?" Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan".

Malaikat menjawab dan takjub,"Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!

Tuhan menjawab,"Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari".

Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya,"Tuhan, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?"

Tuhan menjawab,"Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata."

"Untuk apa?", tanya malaikat.

Tuhan melanjutkan,"Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan,kerisauan,cinta,kesepian, penderitaan,dan kebanggaan,serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki,ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita.

Dia dapat mengatasi beban lebih baik dari lelaki,dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri,dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan,mampu menyanyi ketika menangis, menangis saat terharu,bahkan tertawa ketika ketakutan.

Dia berkorban demi orang yang dicintainya,dia mampu berdiri melawan ketidakadilan,dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang,dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia,dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran.

Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian,tapi dia mampu mengatasinya.Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.

Allah S.W.T berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,sosok yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

CINTANYA TANPA SYARAT. HANYA ADA SATU YANG KURANG DARI WANITA,DIA SELALU LUPA BETAPA BERHARGANYA DIA..."


Sunday, June 26, 2011

Ketika wanita menangis

Ketika wanita menangis,itu bukan bererti dia sedang mengeluarkan senjata terampuhnya, melainkan bererti dia sdg mngeluarkan senjata terakhirnya. Ketika wanita menangis,itu bukan bererti dia tidak berusaha menahannya, melainkan kerana pertahanannya sudah tak mampu lagi membendung air matanya.

Ketika wanita menangis, itu bukan kerana dia ingin terlihat lemah, melainkan kerana dia sudah tidak sanggup berpura2 kuat