Total Pageviews

Thursday, June 16, 2011

Duhai popia, aku PENAT

Cuti 4bulan ni aku dapat rasakan aku akan menghabiskan waktu buat popia umi aku. Penat gila. Buat satu hari 4keping dan boleh makan masa selama setengah hari. Aku target sampai maghrib aku stop buat dan lepas solat tadi aku terus baring dengan nikmat senikmat2 ilahi dengan telekung sekali. Baru la aku dapat rasa nikmat berehat....kalaw satu hari duduk tak buat kerja mmg takkan rasa la nikmat berehat kan? Umi bayar aku buat kerja rumah. Tapi takde amaun yang tetap....aku ikhlas terima berape pun *don't get me wrong, aku tak mintak okay?haha*. Bukan apa...aku memang nak sangat bekerja kat luar, tapi umi ngan walid aku risau nak melepaskan anak daranya bekerja di bandar yang semakin kacaw bilau nih....so nak ambil sikit hati aku, diorang bayar la "gaji" aku selama aku duduk rumah ni dengan syarat aku buat kerja rumah la.

My father and Mother berniaga menjual popia untuk tambah pendapatan keluarga kami. Alhamdulillah dari pendapatan tu, selalunya dapat la aku dgn adik aku berbelanja lebih. *oops tak lupa juga untuk umi and walid, hehe kami anak yg sangat dimanjakan*. Tambah2 untuk musim perayaan Aidilfitri. Agak lebih dari satu tan la yang dijual. Tapi mereka berhempas pulas melakukan persiapan popia sebelum jualan untuk Aidilfitri 4-5bulan awal.

Kesimpulannya, penat2 aku pun, penat lagi umi aku tu. Kesian sangat.tak pernah ada hari untuk berehat untuk umi. HAri yang paling mementakan umi adalah hari menggoreng popia. Umi duduk dalam sebuah bilik kecil sambil menggoreng beratus2 kilo popia dalam sebuah kuali yang sangat besar . Bayangkan betapa panas bilik tu. Umi kena menggoreng selama 12-13jam dalam bilik tu tanpa henti.

Macam biasa aku tak reti nak buat penutup. So that's all for today. Tiba2 ada semacam mood rajin nak tulis blog.

Monday, June 13, 2011

sering dicanang...
nak bercinta hingga ke syurga...
tapi kalau permulaan pun dah menempah neraka...
macam mana?

Sunday, June 12, 2011

“Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya.. Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah. Allah maha tahu jodoh kita siapa.”-TheOtherKhairul Blogspot

Monday, May 23, 2011

“Fatima is a Part of Me – whatever makes Her angry makes Me angry, and whatever pleases Her pleases Me.”


-Holy Prophet Muhammad (pbuh&f).Today is the birth anniversary of Sayyeda Fatima(sa) our whole muslimah nation's Ummi :)
Ketika Allah rindu pada hambanya, Ia akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yg isinya adalah ujian.Dalam hadits kudsi Allah berfirman."Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya karna Aku ingin mendengar rintihannya."(HR Thabrani dari Abu Umamah)

Thursday, April 7, 2011

The Rules Of A Gentleman

The Rules of a gentleman. One of the blog salma jumpa kat Tumblr. why i love this blog ? sbb this blog AWESOME!. best sangat sebab blog ni bagi rules macam mana nak treat perempuan dgn betul..kadang2 orang lelaki ni blurr. bukan kadang2. selalu! lagi2 lelaki zaman sekarang nih. so this blog will be cool for you guys to read. ni my screen shot of few of his posts


cool kan? hehe. nak tambah another thing.................JANGAN LAMAR PEREMPUAN MELALUI SMS ATAU TELEFON. LAMAR FACE TO FACE macam   BAGI BUNGA OR HADIAH (if you like it that you should've put a ring on it) ATAU LEBIH BAIK MELALUI MAK AYAH! hehe

auwh. All the single ladies....put your hands up!

Sunday, April 3, 2011


Perempuan yang suci
Adalah perempuan yang dijaga oleh Allah
Tidak sedikit pun Allah membenarkan
Mana-mana lelaki ajnabi yang fasik menyentuh dirinya
Walaupun hatinya…
Kerana Allah teramat mencintainya…
Tetapi andai kita bergelumang
Dengan cinta lelaki yang palsu imannya
Di mana Allah untuk menjaga kita?
Allah seakan melepaskan kita
Kepada seorang manusia
Yang lebih banyak mengecewakan kita
Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri
Supaya meninggalkan cinta seorang lelaki yang munafik
Itu bermakna Allah mahu mengambil kita kembali
Untuk dijaga-Nya, dilindungi…
Mengapa masih ragu-ragu?
Kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari
Hargailah di atas kesempatan yang Allah beri…
“Sebesar-besar dosa adalah dosa yang dilakukan ketika kita rasa berdosa melakukannya.” Imam Ghazali
Ukhtiku,
Aku bangga melihatmu derita dalam perjuangan…
Dari melihatmu gembira dalam kelalaian…
Ukthiku,
Aku bangga mendengar tangisanmu kerana pengorbanan…
Dari melihat tawamu dalam pengkhianatan…
Aku bangga andai dikau mati di medan kebenaran…
Dari hidup dalam kesesatan
Kerana jangan lupa ukhtiku…
Muliamu bukan pada pangkat, harta dan rupa
Tapi kerana Islam, Iman dan Ihsan…



ya Allah.....................



inshaallah. guide me through :'(